Wednesday 26 October 2011
Aktiviti Sekolahku...
Salam sejahtera
Ini masa program teknik menjawab UPSR. |
Lama betul tak di'up-date'kan blog ni. Hmm... Kali ni nk cerita serba sikit aktiviti bersama murid Tahun 6 sepanjang tahun 2011 sehinggalah hampir nak cuti sekolah (makin dekat cuti, makin banyak kerja cikgu.... adusss...)
Sekitar bulan Mac, murid Tahun 6 disibukkan dengan aktiviti Teknik Menjawab Soalan dan Motivasi. Bersemangat jer diaorang time nih...(erk.. ye ke?? ;p). Kelas tambahan setiap petang juga dah rancak masa ni.
Pastu, mereka sibuk pula dengan PKSR 1. Cikgu pun sama juga. Maklum le nak jaga prestasi memasing. Nanti kena 'sound' dengan GB kalau keputusan tak cantik...hmmm.. kesian kat kita semua kan? Terpaksa mengadap buku je masa ni. Nak buat macamana... reda aje la.
Masa budak - budak Tahun 6 ni jawab periksa, jenuh aku menahan gelak menengok gaya depa. Ada yang menjawab dengan penuh konsentrasi (ntah-ntah berlakon jer... ) Ada yang menjawab dengan penuh aksi. Tengok je gelagat diaorang tu.. Ada yang sampai juling mata menjawab periksa. Ahaks!
Apa pun, teacher doakan yang terbaik buat hangpa semua ye?... Moga Diberkati Allah sentiasa, aminn..
Sambutan Maulidur Rasul 1432H
Gambar di sebelah kanan ni, aku tangkap masa Sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah. Pada hari tersebut, murid kelas aku (Tahun 6 le..he3) telah dapat tempat pertama acara perarakan. uish... seeronok je depa bila diumumkan sebgai pemenang (and i got the credits too... thanks guys! heheh..poyo je...)
Kelas aku dengan semangatnya telah membuat kain rentang (kertas tu bukan kain... harap maklum..) yang terlebih panjang (sampai kena pulak ada 'back up' yang terpacak kat tengah tu). Siap dengan bunga manggar yang tergedik - gedik sinarnya di bawah mentari pagi. Tabik buat budak - budak ni sebab diaorang sanggup bersusah payah sediakan sendiri benda - benda ni. Aku cuma bagi arahan dan komen je.. Bagus korang!
Hari Sukan Sekolah...
Pasukan Panglima. Segak dan tampak gagah. |
Pasukan Bendahara. Bersemangat waja dan perkasa (rumah sukan aku ni...he3) |
Pasukan Laksamana. Paling sempoi tapi juara keseluruhan... |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
nampak memang meriah....
Post a Comment